♥ awk sahabat saya ? setulus doa untuk anda :) ♥

Ya Allah,
Sahabat saya tak seperti sahabat Nabi saw,
Sahabat Nabi setia di sisi,
Sahabat saya datang dan pergi.

Ya Allah,
Saya muhasabah, menerawang sendiri,
Dari kecil ke saat ini,
Ramai sudah bertandang di hati,
Ramai juga yang datang dan pergi.

Ya Allah,
Sahabat ketawa, saya gembira,
Sahabat sayu, saya syahdu,
Sahabat layu, saya pilu,
Sahabat cemerlang, saya gemilang.

Ya Allah,
Kawan saya, sahabat saya,
Rahmati kami meniti usia,
Terpisah kami di alam nyata,
Temukan semula di taman syurga.

Ya Allah,
Sahabat saya, buah hati saya,
Mesra kami penawar duka,
Rindu kami menambah cinta,
Rajuk kami membuah ceria.

Ya Allah,
Silaturrahiim kami, ukhwah fillah,
Bermusuh kami, na`uzubillah,
Berpisah mati, insyaAllah,
Pengubat hati, doa rabitah..




thx for like my entry ^_^ cye cyg kt awk ^_^

kawan sejati ?

Kadang-kadang apabila kita berbuat baik kepada kawan, tidak pernah langsung diendahkan dan dihargai. Ada pula yang menikam dari belakang. Harapkan pagar, pagar makan padi. Kawan jenis ini tidak berkualiti.

Semua orang ada kawan. Semua orang juga boleh menjadi kawan. Namun, bolehkah kita menjadi seorang kawan yang baik? Seorang kawan yang membantu kawannya yang lain tatkala dalam kesusahan. 

Ada orang kata, kawan yang baik adalah yang meneman di saat tawa dan tangis. Benar sama sekali. Itu adalah kawan yang sejati. Itu adalah sahabat. Orang yang boleh kita harapkan dalam apa jua keadaan. Teman tempat untuk meluahkan segala perasaan, isi hati yang terpendam dalam ruang yang tersembunyi.

Setiap daripada kita boleh menjadi kawan sejati. Bukan kawan rapat, tetapi kawan yang sejati. Berkualiti. Namun sudah tentunya tidak semua orang yang memilih perkara sedemikian. Bila kawan ditimpa kesusahan, masing-masing hilangkan diri. Bila kawan tidak sealiran, tidak mahu bersantai bersama dan rasa malas hendak berbicara.

Bukanlah susah menjadi seorang kawan sejati. Kawan yang berkualiti dan ikhlas didalam perhubungan tersebut. Mari kita renungkan diri;

Adakah anda seorang kawan sejati?  


thx for like my entry ^_^ cye cyg kt awk ^_^

♥ saya tak bererti lagi untuk awak -.- ♥

kita telah terpisah .
di antara langit dan bumi ,
maaf segala yang terlebih dan terkurang ,
lewat kata-kata dan tingkah laku .
segala yang kulakukan demimu ,
supaya kau menjadi manusia ,
yang lebih berjaya dan berjiwa ,
telah ku halal semua yang kuberi .

usah sebut kata RINDU ,
jangan cakap harimu tidak bermakna tanpa ku !
kerana ada aku dan tiada ,
seolah tidak meninggalkan bekas di hatimu .
hilang ku dari sisimu , hanya rasa kehilangan yang sementara ,
dan segalanya akan menjadi seperti sedia kala .
apabila di singgah hidupmu , ada yang lebih bererti daripada ku !

usah juga berkirim SALAM . 
usah lagi kau tatap gambar kenangan .
kerana ingatan terhadapmu mahu ku usir jauh ~
sehingga tidak meninggalkan kesan .
bukan benci atau dendam ,
menjadi api yang membakar diri ,
tapi hanya aku yang rasa berkecil hati .
padamu aku umpama BULAN YANG TERBIT SIANG .
wujud tanpa diintai , sinar tidak dicari ~

♥ hope awk bahagia :) 

thx for like my entry ^_^ cye cyg kt awk ^_^

adakalanya kita perlu menangis ^^

adakalanya kita perlu manangis 
agar kita tahu hidup ini bukan sekadar ketawa ,

adakalanya kita perlu ketawa 
agar kita tahu MAHALNYA nilai airmata ,

syukurlah kiranya ada yang menyakitimu ,
kerana dia mengajarmu erti KETABAHAN .

syukurlah kiranya ada yang tidak memperdulikanmu 
kerana dia mengajarmu BERDIKARI ,

syukurlah jika ada yang menjatuhkanmu ,
kerana dia MENGHEBATKANMU untuk terus BANGUN LAGI .

syukurlah kiranya ada yang menyiksamu ,
kerana dia mengajarmu KESABARAN DAN KETABAHAN .


thx for like my entry ^_^ cye cyg kt awk ^_^

^^ ♥♥♥ilysm♥♥♥ ^^

♥ jika ada perasaan CINTA ..
biarkanlah ia berkekalan ,
♥ jika hari ini ada perasaan SAYANG ..
teruskan menyayangi , 
dan 
♥ jika ada perasaan RINDU ..
lepaskan rindu itu ,
♥ andai kata ada perasaan BENCI ..
janganlah disimpan
dan 
♥ jikalau ada perasaan MARAH ..
katakanlah ,
dan 
♥ bila ada perasaan SEDIH ..
samasamalah kita bersedih ,
♥ jikalau ada perasaan GEMBIRA ..
samasamalah kita gembira ,
♥ jika ada perasaan TIDAK PUAS HATY ,
katakanlah ,
dan 
♥ bila MATA PEJAM TANPA CELIK ..
ampunkanlah dosaku ,
dan 
jadikanlah satu kenangan !

thx for like my entry ^_^ cye cyg kt awk ^_^

T A K S U K A T A K A P A :)

jika kalau orang tak suka tak apa , 
tapi janganlah kau mengata .
sudah menjadi adat di dunia , 
ada rupa dan berharta orang suka ..

jika kalau orang tak suka tak apa ,
biarlah ku berundur diri .
mungkin kau rasa aku tak
sepadan dengan dirimu .

ku sedar diri ini ,
aku hanyalah insan biasa
tapi aku ada harga diri ,walaupun terguris
 hati ini hingga menitis airmata .

namun semuanya tak bererti bagimu ,
waktu orang suka semua indah .
waktu dah tak suka oh ada ada saja ,
sukarnya nak ku temui cinta yang sejati dan bahagia .

jika kalau orang tak suka tak apa ,
tuhan masih menyayangi ku .
moga suatu hari akan tiba jodoh buatmu
dengan insan yang ikhlas cintanya .

ku sedar diri ini , aku hanyalah insan biasa ,
tapi aku ada harga diri ,
walaupun terguris hati ini .
hingga menitis air mata .

namun semuanya tak bererti bagi mu ,
waktu orang suka semua indah .
waktu dah tak suka oh ada ada saja .
sukarnya nak ku temui cinta yang sejati dan bahagia .

jika kalu orang dah tak suka tak apa ,
tuhan masih menyayangi ku ,
moga suatu hari akan tiba jodoh buatmu 
dengan insan yang ikhlas cintanya 

#sayangkamuselamanya# 



thx for like my entry ^_^ cye cyg kt awk ^_^

hangOutt :)





thx for like my entry ^_^ cye cyg kt awk ^_^